Pages

Search This Blog

Jatuh Organ Peranakan

Salam...

Sadly, ibu alia nak share a news with u guys.. mak saya mengalami masalah rahim jatuh, or they call it Jatuh organ peranakan (JOP). SO, this saturday she'll undergo an operation.. doakan semua selamat ya!

so, i googled just now.. and these are what JOP is all about.. source is here and here.

just take note benda yang saya bold dan warnakan (if u don't have the time to read all of the article..)

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.

‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.

“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.

Jenis-jenis JOP

Bahagian atas/bumbung faraj

Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).

* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear

* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj

* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

Bahagian hadapan

Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan. Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

Bahagian belakang faraj

“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.

“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.

Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.

Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.

“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.

“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya :

-kehamilan dan bersalin;

-usia dan menopaus;

-obesiti;

-ketumbuhan seperti fibroid yang besar; dan

-batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah :

-mengangkat bebanan yang berat;

-keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik;

-menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi,

-pembetulan pundi kencing dan;

-kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.

“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.

“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’

Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Pencegahan

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

Rawatan Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.

‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh. “Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.

Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan. Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti;

-usia,

-simptom,

-jenis JOP,

-perancangan reproduktif dan seksual,

-tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.

Rawatan pembedahan Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.

Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.

“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’

Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.

“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.

“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.

(rahim yang telah dibedah / dikeluarkan melalui histerektomi)

Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa. Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal. “Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati.

Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

SEKIAN... hope u have a slight idea on what my mom's been and will go thru. doakan semua selamat ya.. amiin..

*cantik tak chapter saya di sidebar tu...? ------>> ala-ala bergerak-gerak gitu.. :) cute!

post signature

15 comments:

Anonymous said...

Insya Allah semula ok. takut la tgk pic rahim tu.

Ayu said...

sgt menakutkan

bertungku dan berurut adalah rawatan tradisonal yang sgt bagus untuk menaikkan peranakan terutama lepas bersalin

sujaihah said...

oinsyaallah..semua selamat...saya doakan juga

Noy said...

tq fore the info..noy sekrg ni selalu sakit peranakan..so my fren who is a midwife lecturer gtau yg maybe peranakan terturun..dier advise urut kampung..tapi sakit ni kalau nak naikkan semula peranakan tu..

Mommy Lily said...

thanks for the info zuu

sangat berguna utk kita semua

ar.nie said...

Owh, baca fakta pon dah rasa cam ngeri jer... Semoga semuanya selamat!

precious innocent said...

oh, itu ke benda jatuh organ peranakan?? huhu... mama akak selalu kata, time ngandung dgn cangkung lebih2, takut keluar peranakan.. hoo benda nie la rupenye...

-mama emma-

♥Hernee Nazir♥ said...

alahai mcm2 ek..smoga mak kite same2 slmt..

Zuhaini said...

honeylanz:
insya allah..amin.. (saya pun ngeri.. huhu)

ayu:
ye betul! dan breastfeeding bagi rahim cepat kecut, kan..? :)

sujaihah:
aminn.. tq..

Noy:
betul! mungkin jatuh.. tapi kalau nak urut bagi naik memang sakit.. dah jumpa doktor..? tak silap, pakai ring tu x sakit..

Mommy Lily:
hehe.. copy and paste je tu! :)

ar.nie:
saya pun ngeri! insya allah.. amiin.

mama emma:
a ah la kot.. lagipun, kalau nyangkung banyak2, kang terberanak! haha.. :)

hernee:
erm.. gitu lah.. sama2 la kita berdoa eh.. :) amin..

NadiahKhair said...

semoga semuanye selamat zue. Aminn.

Zuhaini said...

aminn.. tq! :)

Ms Lola said...

How's your mom, Zuhaini?

kakyong said...

thanks for the sharing info.. kakyong td baru ingat nak google pasal rahim prolapse ni..

dulu ade staff tempat lama yg kena sakit ni.. sian kat makcik tu, dia kena pakai pad, sbb tak leh nak kawal pundi kencing.. masa tu dia dah nak berhenti.. merayu2 dia minta kakyung uruskan cepat pasal duit pampasan berhenti dia.. kalo ikut prosedur 1 bulan selepas berhenti baru boleh check release.. tp sbb dia perlu utk operation, maka ku bantu le mencepatkan proses..

sedey gak bila teringatkan luahan hati makcik tu... mujur le koje, & ade duit pampasan...

btw, hopefully ur mom ok... dah kuor dr wad ker...

ur animated tag/label tu mcm kecik ... kakyong rasa boleh dibesarkan saiz nyer...

ohyer.. nanti amik award di sini yer..
http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2009/06/award-bertuah-rose-i-luv-ur-blog.html

Zuhaini said...

Ms Lola:
erm.. getting better, alamdulillah, but still warded.. nanti tengah hari nak jenguk sat..

kak yong:
oh, ye ke..? alhamdulillah.. sian makcik tu..
nasib baik my mom masih under tanggungan company beliau.. so company itu lah yang membayar semua kos nya..
label tu mmg asalnya besar.. saja saya kecikkan.. haha.. nanti saya adjust ya.. :)

Anonymous said...

Greatings, Interesante, no va a continuar con este artнculo?

[url=http://www.vapority.com/]Nicolas[/url]

Labels

alia (239) just my thought (211) macam-macam (133) work (81) makan-makan (72) jalan-jalan (58) hickups (57) celebrations (56) contest (49) info (39) achievements (35) Ariff (34) blog (34) ibu alia (33) game (30) new stuffs (26) weekends (26) event (24) mengarut (23) current issues (21) shopping (20) breastfeeding (19) wan (19) photography (18) pregnancy (18) 8 bulan (17) giveaway (17) 1 tahun (16) ayah alia (15) movie (15) new house (15) 7 bulan (14) atuk (14) hospital (14) nuffnang (14) ideas (13) sale (13) the IT world (13) tv (13) announcement (12) 4 bulan (10) sembang kosong (10) advertorial (9) new gadget (9) ramadhan (9) review (9) tips (9) 6 bulan (8) 9 bulan (8) Aqiff Zhafry (8) danial (8) how to (8) trip (8) wordless (8) babysitter (7) presents (7) acu (6) islam way of life (6) list (6) product review (6) taman (6) 10 bulan (5) events (5) gadgets (5) gossip (5) uda (5) 11 bulan (4) 5 bulan (4) bisnes ibu alia (4) book (4) check up (4) masak-masak (4) songs (4) toys (4) aunties (3) awards (3) business (3) eva (3) exhibitions (3) guide (3) kek na (3) money (3) tadika alia (3) wedding (3) wish (3) Fim (2) advertise (2) ask me (2) baju baby (2) baju saya (2) crave (2) energizing soy protein (2) energizing soy protein shaklee (2) esp (2) family (2) filem (2) habbits (2) kulit cantik (2) landscape (2) nurseri (2) set kulit cantik (2) survey (2) tambah berat badan (2) the look (2) twilight (2) vitalea (2) vitamin shaklee (2) vitamin untuk kulit (2) Aqiff Zhaffry (1) Dr Sukida (1) The Beginning .... (1) alfalfa complex (1) alia's school (1) anak sukar makan (1) antioksidan (1) ari (1) astro (1) atasi jeragat (1) atasi keputihan (1) atasi kulit kusam (1) b complex (1) baby (1) bags (1) bola (1) car seat (1) confinement (1) de (1) decoration (1) dslr (1) ely (1) fab friday (1) free stuffs (1) healthy lifestyle (1) hobbies (1) hope (1) ibu hamil (1) ibu mengandung (1) icon (1) interrior design (1) jawatan kosong (1) jerebu (1) jobs (1) kanak-kanak (1) kembalikan kulit berseri (1) keputihan (1) kesihatan (1) kurus dengan berkesan (1) kurus dengan cepat (1) kurus selepas bersalin (1) kurus tanpa lapar (1) kuruskan badan (1) langkah atasi (1) learning (1) macam mana nak kurus (1) majalah (1) malaysia (1) masalah bau di kawasan vagina (1) masalah bau di tempat sulit (1) masalah ibu mengandung (1) meal shakes (1) multivitamin (1) neil (1) new year (1) news (1) nuffnang gift ideas (1) off day (1) ostematrix (1) parenting (1) petua kuruskan badan (1) playdohmonth2015 (1) poll (1) produk kuruskan badan (1) promo (1) promosi esp shaklee (1) realmart (1) recruitment (1) resipi (1) sembelit (1) set ibu hamil (1) set ibu mengandung (1) set kurus (1) shoes (1) siblings (1) sticky (1) stuffs (1) tambah selera makan (1) update (1) video (1) vitamin kanak-kanak (1) wean off (1) weight gain (1)