... of giving birth!
oh my.. kena buat satu entry : Pengalaman melahirkan anak sulung! :)
anak sulung ya..? ;)
anyway, pengalaman melahirkan alia saya actually sudah cerita dengan panjang lebar di entry ini. time ni saya mula-mula ada blog. so stye bercerita tu lain sikit la if nak compare to sekarang.

oh ya, ceritanya gini.. saya punya due date sepatutnya end of November 07. Tapi, believe it or not, pada hari EDD tersebut saya tiada rasa seperti hendak bersalin.. so saya pun bekerja seperti biasa. (dan saya bekerja 7 hari walaupun sudah melewati EDD saya! :) hihi..).
Sabtu- Saya ada discharge sikit. Saya ingat tiada apa, tapi still saya informed pada my mom.. My mom ajak ke Hospital Ampang. (yup, memang cadang nak bersalin di situ pun!)
check punya check, baru 2 cm.. so saya di admit. (nurse kata, kalau 3 cm, depa akan pecahkan ketuban dan disuruh bersalin! aduhai.. takutnya..)
malam berlalu dengan aman.. from time to time ada contraction. tapi tak kerap..
Ahad - pagi - selepas sarapan, saya mula rasa sakit. Saya ingat sakit perut. time tu lebih kurang 10 pg.
Saya ingat saya perlu ke tandas.. tetapi, bila saya berdiri saja (well, i was laying on my bed, before that), terus berjurai-jurai cecair itu keluar..
saya panik juga.. tapi maintain! haha..
Nasib baik ada kakak di bed hadapan, dia yang jerit, tolong panggil nurse! (before that saya sudah tekan button tu, tapi tiada nurse yang sampai..)
dan akibat jeritan kakak itu, nurse pun sampai..
dan bermula torture melahirkan alia di hospital kerajaan.. :(
tension sangat.. sebab:
-hari tersebut hari ahad. DOktor sedang buat ward round, saya terpaksa menunggu selama 45 minit di Waiting ROom sebelum dibawa ke Labour ROom. Can u imagine?!! dah la time tu saya menahan sakit contraction!
-epidural tiada di Labour ROom. so i had to use the N gas. Malangnya saya rasa tiada effect menghidu gas tersebut! entah-entah gas tersebut sudah habis... ? :(
dan banyak lagi kenangan pahit termasuk saya tidak reti teran! :( and in the end, saya punya last resort ialah forcep! so akhirnya lahirlah Nur Alia Athirah ke dunia ini... :)

Fuh! ngeri juga ya, teringat waktu2 melahirkan anak! :)
**oh ya, entry ini adalah sebagai penyertaan kepada contest Share Your Story and This might be yours : Pengalaman melahirkan anak sulung :)
Dan hadiahnya adalah.... :

Sambung balik.... ini yang menyebabkan saya taubat! tak nak bersalin di hospital gomen lagi! mungkin after this hospital separa swasta kot.. macam HUKM, PPUM.. dll :) coz service nampak macam ok, but the best part is:
boleh melawat bila-bila masa! (yup.. kalau gomen, terhad sangat masa melawatnya..) :(
