Alhamdulillah. Semalam saya cuti untuk membuat buku Merah.
Leceh juga la, sebab compared to last time, saya pergi ke Poliklinik Tanglin dan kata:
Saya nak bukak buku Merah.
terus mereka buka! heheh
tapi sekarang ini, saya diberi borang, dan di borang tu saya kena dapatkan cop dari Klinik Kesihatan yang terdekat dengan rumah.
So semalam kami pun menapak di Klinik Kesihatan Sungai Buloh, tup tup dia kata :
Saujana Utama bukan kawasan kami, tu kawasan Klinik Desa Merbau Sempak.
So, kami pun ke Klinik Desa Merbau Sempak,
sekali nurse di situ kata:
oh, Saujana Utama bukan di sini, u duduk di bawah kawasan Ijok.
Aaaaa????
Ijok pulak!
tak larat nak ke Ijok, saya suh je nurse tu chop.
and lepas tu baru ke Tanglin.
buat buku merah.
Buku Merah ini sangat penting kepada sesiapa yang berhasrat nak bersalin di Hospital Kerajaan. heheh.. macam saya la. mana mampu nak bersalin di Swasta :) Insuran tak tanggung :D
Siapa yang bersalin di swasta tak perlu la buat, tapi biasanya kalau ada complication ketika bersalin, mereka akan hantar ke Hospital Kerajaan juga.
So better buat lah kan..? :)
Rupanya buku ini sangat penting sebab sekiranya jatuh ke tangan warga asing, mereka boleh menggunakan buku ini untuk bersalin di hospital kerajaan dan senang lenang mengaku warganegara.
So, kalau buku merah ini hilang, sila report polis ya!
Ok la, cukup lah buat masa ini.
saya sangat letih.
Nak bernafas pun susah...
Wassalam.
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here