Saya nak stok susu yang banyak macam diyaluna

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya baru perasan dateline contest iPad Mysuperkids dah hampir tamat.

So i really have to put on my thinking cap and write an entry soon! any entry! (ya la, daripada takda langsung.. at least i have to make a single entry to prove that i am damn serious to win this iPad!)

so.. saya hanya kena buat entry "saya nak..... dari blog.....". Saya pun berfikir dan berfikir.

saya nak apa ya...?

Ada banyak benda yang saya nak.. saya nak duit yang banyak (supaya boleh setelkan hutang rumah), saya nak anak yang ramai (supaya rumah saya tak sunyi nanti), saya nak baju yang banyak (supaya pergi kerja dengan penuh semangat dan tak la bosan asyik pakai baju yang sama aje..) oh.. banyaknya yang saya nak! and the list is endless!

Tapi, bila fikir dalam-dalam...

dan dengan hati yang tenang...

saya tahu saya nak apa...

anda tahu saya nak apa..?

Saya nak stok susu yang banyak macam Diyaluna!!!


Yes!

itu adalah priority saya buat masa ini.

Breastfeeding.

Sebab? Sebab saya pernah kecundang dengan anak yang pertama. So saya tak mahu pisang berbuah dua atau tiga kali.

Kali ini saya nak pastikan saya dapat menyusukan Ariff Ziqry sehingga dua tahun! Amin..

Oh ya, kenapa Diyaluna? Sebab beliau berjaya menyusukan anak beliau dengan susu ibu, seorang kaunselor laktasi dan saya dapati blog beliau sangat lengkap untuk dijadikan rujukan ibu-ibu yang baru belajar breastfeeding (macam saya).

So saya yang akan menempuh alam pekerjaan tidak lama lagi sudah tentu sangat berhajat untuk mempunyai stok susu yang berlambak-lambak seperti Diyaluna. Namun, saya juga agak confident dengan stok susu saya buat masa ini dan saya kini pun masih lagi membuat stok.

So, there you have it. Saya nak stok susu yang banyak macam Diyaluna.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

1 comment (s):

Danial Dash dan Eva said...

alright !!! go go mama yaya dan arip !!! all the best !