Pages

Search This Blog

Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut (HFM Disease)

Salam...

Saya telah ditanya oleh member pejabat..

Apa tu Penyakit Tangan, kuku dan mulut...

So saya pun google lah..

dan ini dapatannya: (sumber dari sini)

Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFM) itu?

Sebagaimana namanya, penyakit HFM melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit. Ianya disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun.

Virus ini merebak melalui kontak secara lansung (direct contact) dengan titisan atau lelehan yang dikeluarkan dari mulut / hidung / najis pesakit (fecal-oral route). Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan lansung dengan lepuh kulit (blister) pesakit.

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasa sakit selepas 3 hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan virus ini. Kebanyakan pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.

Apakah tanda dan gejala penyakit ini ?

Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam selsema dengan ruam.

Diantara tanda-tanda jangkitan ini ialah :

demam
sakit kerongkong
sakit kepala
hilang selera makan
ulser di tekak dan mulut
ruam dengan lepuh (blister)
di tapak tangan
kaki dan
kawasan lampin.

Apakah komplikasinya ?

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari setelah terdedah kepada virus ini. Kebanyakan pesakit akan sebuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adalah akibat komplikasi. Jangkitan ini mungkin seperti sakit otot (miositis), bengkak hati dan inflamasi jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan maut terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana virus ini merebak ?

Cara utama penyebarakan virus ini ialah pengambilan makanan dan minuman yang dicemar oleh najis pesakit (fecal-oral route). Pencemaran ini boleh terjadi melalui sentuhan tangan yang memindahkan virus dari najis kepada makanan dan minuman. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan udara / lelehan yang dikeluarkan dari mulut atau hidung pesakit apabial mereka batuk, bersin atau bercakap. Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara yang mengandungi virus disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus boleh tersebar melalui air liur pesakit dan sentuhan pada lepuh kulit pesakit.

Apakah cara untuk mengelakan dari jangkitan ini ?

Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus ini. Oleh itu, pencegahan adalah amat penting. Jangkitan ini boleh dicegah dengan cara berikut:

Selalu mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan selepas mencuci najis kanak-kanak
Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.
Mencuci alat mainan kanak-kanak dan permukaan (surface) meja / kerusi / lantai dan sebagainya yang telah dicemari air liur.
Kanak-kanan yang mempunyai tanda-tanda jangkitan ini harus ditegah dari menghadiri tadika, tabika, sekolah dan rumah pengasuh ("baby sitter") dan perlu dibawa ke klinik / hospital dengan segera.
Ibu bapa dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesyen bas dan sebagainya.
Ibu bapa juga dinasihatkan supaya mandi dan menukar pakaian sebaik saja balik dari luar / kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak-anak mereka.
Bawa anak-anak ke hospital / klinik berhampiran dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan virus ini.
Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan virus melalui lalat, lipas dan tikus.
Elakan dari berkongsi berus gigi, cawan sudu, garpu, cadar, sarong bantal, lampin serta sapu tangan dari anak yang dijangkiti oleh penyakit tangan, mulut dan kaki (HFMD).

Maklumat lain boleh diperolehi dari :
http://healthcentral.com/mhc/top/000965.cfm
http://www.findarticles.com/cf_0/m0833/9183_354/55929102/p1/article.jhtml
http://drgreene.com/970623.html
http://www.env.gov.sg/info/press/index.html

Maklumat Tambahan / Pertanyaan, Sila Berhubung Dengan:
Dr Hasan Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Devan Kurup, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Fuad Hashim, Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Azmi Abd Rahim, Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia

**takut kan...? marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan keluarga kita selamat dalam lindunganNya.. Amin...

Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here
Post a Comment

Labels

alia (239) just my thought (211) macam-macam (133) work (81) makan-makan (72) jalan-jalan (58) hickups (57) celebrations (56) contest (49) info (39) achievements (35) Ariff (34) blog (34) ibu alia (33) game (30) new stuffs (26) weekends (26) event (24) mengarut (23) current issues (21) shopping (20) breastfeeding (19) wan (19) photography (18) pregnancy (18) 8 bulan (17) giveaway (17) 1 tahun (16) ayah alia (15) movie (15) new house (15) 7 bulan (14) atuk (14) hospital (14) nuffnang (14) ideas (13) sale (13) the IT world (13) tv (13) announcement (12) 4 bulan (10) sembang kosong (10) advertorial (9) new gadget (9) ramadhan (9) review (9) tips (9) 6 bulan (8) 9 bulan (8) Aqiff Zhafry (8) danial (8) how to (8) trip (8) wordless (8) babysitter (7) presents (7) acu (6) islam way of life (6) list (6) product review (6) taman (6) 10 bulan (5) events (5) gadgets (5) gossip (5) uda (5) 11 bulan (4) 5 bulan (4) bisnes ibu alia (4) book (4) check up (4) masak-masak (4) songs (4) toys (4) aunties (3) awards (3) business (3) eva (3) exhibitions (3) guide (3) kek na (3) money (3) tadika alia (3) wedding (3) wish (3) Fim (2) advertise (2) ask me (2) baju baby (2) baju saya (2) crave (2) energizing soy protein (2) energizing soy protein shaklee (2) esp (2) family (2) filem (2) habbits (2) kulit cantik (2) landscape (2) nurseri (2) set kulit cantik (2) survey (2) tambah berat badan (2) the look (2) twilight (2) vitalea (2) vitamin shaklee (2) vitamin untuk kulit (2) Aqiff Zhaffry (1) Dr Sukida (1) The Beginning .... (1) alfalfa complex (1) alia's school (1) anak sukar makan (1) antioksidan (1) ari (1) astro (1) atasi jeragat (1) atasi keputihan (1) atasi kulit kusam (1) b complex (1) baby (1) bags (1) bola (1) car seat (1) confinement (1) de (1) decoration (1) dslr (1) ely (1) fab friday (1) free stuffs (1) healthy lifestyle (1) hobbies (1) hope (1) ibu hamil (1) ibu mengandung (1) icon (1) interrior design (1) jawatan kosong (1) jerebu (1) jobs (1) kanak-kanak (1) kembalikan kulit berseri (1) keputihan (1) kesihatan (1) kurus dengan berkesan (1) kurus dengan cepat (1) kurus selepas bersalin (1) kurus tanpa lapar (1) kuruskan badan (1) langkah atasi (1) learning (1) macam mana nak kurus (1) majalah (1) malaysia (1) masalah bau di kawasan vagina (1) masalah bau di tempat sulit (1) masalah ibu mengandung (1) meal shakes (1) multivitamin (1) neil (1) new year (1) news (1) nuffnang gift ideas (1) off day (1) ostematrix (1) parenting (1) petua kuruskan badan (1) playdohmonth2015 (1) poll (1) produk kuruskan badan (1) promo (1) promosi esp shaklee (1) realmart (1) recruitment (1) resipi (1) sembelit (1) set ibu hamil (1) set ibu mengandung (1) set kurus (1) shoes (1) siblings (1) sticky (1) stuffs (1) tambah selera makan (1) update (1) video (1) vitamin kanak-kanak (1) wean off (1) weight gain (1)