Pages

Search This Blog

New Pacific Hotel, Kota Bharu

Salam..

Saya di sini right now!!!




Ada urusan yang perlu disetel..

Anyway, hotel New Pacific Hotel ni tak la new sangat..

Hotel ni macam hotel lama..



Tapi harga pun ok la, tak la mahal sangat..

Harga dalam satu bilik (satu malam) RM 180.

Kalau nak hotel best sikit, ada Renaissance, tapi the lowest price would be rm226 (including tax, but without breakfast, gov rate).,

Anyway, memandangkan kami duduk pun disponsor, so kira ok la kan? :)

At least dia ada pool :)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Beranikah anda park kereta di luar rumah?

Salam..

Ini permandangan biasa di lorong rumah saya....


Memang sekarang ini banyak penduduk yang mempunyai dua atau tiga buah kereta.

So sometimes tak muat untuk masuk porch dan terpaksa park di luar rumah..

Tahukah anda, sebenarnya amat merbahaya untuk park di luar rumah.

Adik saya sendiri pernah mengalami kes kecurian di mana pencuri telah mencuri ke empat empat tayar keretanya!!!

Reason?

Sebab khabarnya tayar kereta viva yang ada sport rim original adalah high demand!

So kepada anda di luar sana, satu cara untuk mengatasi hal ini ialah dengan menukar skru sport rim. Kalau biasanya ada 4 skru, biarkan 3 sama, 1 lain.

So pencuri akan sukar la kalau nak curi sebab payah nak buka :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Makan-makan di Nando's

Salam....
Sebenarnya saya tak reti makan di fast food selain KFC, McD, A&W, Burger King dan Pizza Hut..
Yang macam Johnny's, Wendy's, dan Nando's memang jarang la...
Kalau rakan sepejabat tak bawak, memang sampai kiamat kot tak jejak kaki ke sini..
Sebabnya, tak tahu nak order apa! ahahahah...
Well, belum cuba, belum tahu, kan?
Anyway, saya kalau ke Nando's ni saya suka order:
Quarter chicken with 2 side dish.
side dish saya pilih coleslaw dan jagung...
Air pula air sprite (dia bubuh mint... wangi!!!)
Anyway, bila-bila u all berkunjung ke Nando's, boleh cuba lah ya!
:)
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Kenapa kempen penyusuan susu ibu kurang berkesan

Salam...

Sebenarnya dah lama nak buat entry ini...

Tapi tak pernah ada ruang dan peluang..

So saya saja nak share PENDAPAT SAYA dalam hal ini. Saya sedia maklum, lain orang, lain experience, so apa yang saya akan keutarakan di sini adalah TOTALLY based on my experience (dan mungkin ada berbaur sedikit 'bias'..)

Anyway, ceritanya begini.

Setiap hari, setiap masa ada saja bayi yang dilahirkan ke bumi Allah ini..

Saya seorang penjawat awam, so sewaktu check up time pregnancy adalah di klinik kesihatan kerajaan.

Memang tidak dinafikan, ada beberapa kelas parenting dan penyusuan di sediakan, namun saya tak dapat nak hadir atas sebab terlalu sibuk.

Sampailah masa dimana saya melahirkan anak...

Part ni saya puji.

Saya ketika di wad bersalin, telah didatangi oleh nurse dan mereka sedang mencari ibu ibu untuk diberikan short talk mengenai breastfeeding.

Walaupun saya bersalin anak ke dua, namun untuk anak pertama saya hanya mampu breastfeed sampai dua bulan saja. So saya pun join talk tersebut (bersama ibu ibu yang baru bersalin anak pertama)..

Talk tersebut singkat saja. Dalam 10 minit saja. Talk Tersebut menerangkan kepentingan susu ibu dan mengapa pentingnya diberikan susu ibu sehingga 6 bulan dan disambung sampai dua tahun.

Talk tersebut tak detail..

Saya rasa kempen penyusuan susu ibu hanya akan berjaya kalau ibu ibu ini diberi makluman dan informasi berkaitan bf selengkap-lengkapnya ketika masih mengandung lagi.

This is supaya para ibu bersedia mentally and physically.

Semasa mengandung lagi para ibu harus diberitahu:

- jenis jenis pam yang boleh digunakan untuk express the milk (apa pros and cons menggunakan pam letrik, manual, single dan double pumping)
-cara memerah susu menggunakan tangan (marmet)
-cara penyimpanan susu KETIKA DI PEJABAT.
-cara penyimpanan susu di rumah
-cara penyimpanan / bekalan stok susu ke rumah babysitter/nurseri
-berapa kuantiti (anggaran) stok susu yang perlu ada (diperah di pejabat) untuk diberikan pada pengasuh/nurseri
-apa yang perlu dilakukan sekiranya bertugas di luar (outstation)
-bagaimana hendak menghadapi masalah seperti nipple crack dan sebagainya.

So di atas adalah beberapa soalan yang kerap bermain di fikiran ibu ibu menyusu dan informasi perlu disalurkan pada mereka supaya keinginan mereka untuk menjayakan kempen penyusuan susu ibu tidak berkubur atau terhenti di tengah jalan.

Alhamdulillah, sekarang ini, sekiranya para ibu mengalami masalah atau kemusykilan, boleh segera mencari jawapan di internet ataupun menghubungi kaunselor laktasi yang bertauliah.

Akhir kata, breastfeeding tidaklah sukar sebenarnya. Namun, apa yang anda perlukan adalah ilmu di dada..

No pain, no gain.

Tak ada kejayaan yang bergolek dengan sendiri..

Jom, sama sama kita jayakan kempen penyusuan susu ibu! :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Milo Sejuk

Salam...
Anda pernah rasa tak Milo Sejuk...?
Sedap tau!
Rasa macam air milo van tu... :)
Tapi nak dapat rasa sedap yang optimum adalah bila bancuh pakai gelas dia dan jangan letak air banyak sangat..
Nanti cair.. tak sedap..
So, silakan mencuba! :)
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Lebam!

Salam.

Semalam ambil Alia, pipinya berbedak.

Saya assume dia baru mandi.

Rupa rupanya...






LEBAM!

Saya tanya alia, kawan tumbuk ke..?

Dia kata "tak tahu.."

Aduhai..

Anyway, saya assume dia terhantuk la tu, tang mana2...

Tapi pagi tadi siap saya pesan to alia :

Kalau kawan pukul yaya, pukul balik dia tau!

(oh, saya mmg kejam! At least yaya tak jadi mangsa bully.. Hopefully!)

:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

WoRdLeSS - Fire in the house! (Musical Science Show)

salam...
Lupa pula hari ini nak buat Wordless Wednesday...
Nama dia Fire In The House!
ditangkap ketika persembahan Musical Science Show @ Pusat Sains Negara during PSN Open Day.
:)
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Cara menangani anak yang lasak

Salam...

Lain anak, lain ragamnya..

Rasanya Alia dulu tak la selasak Ariff.

Ariff ni agak 'rajin' explore new things..

Yang best nya, each time dia nak explore, dia akan pastikan ibu atau ayah dia perasan & follow dia sekali...

Tapi tu lah, takkan kita nak tengok dia 24 jam, kan..?

So ada kalanya terjatuh.. terhantuk.. dan yang sewaktu dengannya..

so, macam mana nak atasi anak yang lasak...?

**saya nak google, tapi internet macam tak berapa mengizinkan....

Sebenarnya, saya ada terbaca, dimana exploration yang dilakukan oleh budak-budak, kita TAK BOLEH halang.

sebabnya, ia akan merangsang daya kreativiti mereka..

Kalau sikit-sikit TAK BOLEH... sikit-sikit JANGAN...

So, nanti kita takut pemikiran dan daya kreativiti mereka akan terbantut..

ha... best tak reason saya...?

So, let them explore!!!! :)

Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Candylicious!

Oh.. Saya stubled upon this store at One Utama last friday.

Didn't get a chance to actually go inside and purchase something..

Tapi memang sangat cute lah kedai ini...






- Posted using BlogPress from my iPhone

Sakit Tengkuk

Salam...

Saya menderita SAKIT TENGKUK!!!! aduhai...

biasanya saya ignore je..

sebab biasanya dia akan hilang dengan sendiri..

ni dah few days, duk ada je lagi.. huhuh

punca..? bantal tinggi sangat kot..

Saya biasanya memang akan pakai bantal yang agak tinggi supaya senang nak breastfeed Ariff ketika tidur...

huhuhu...

Anyway, ni ada artikel di Berita Harian Online berkaitan sakit tengkuk/leher dll.

*sumber artikel di bawah ini adalah : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Puncasakitleher_belakang/Article/index

DIANGGARKAN 80 peratus orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk.

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi. Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:

•Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.

•Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.

•Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.

•Berdiri terlalu lama.

•Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.

•Duduk membongkok di kerusi.
•Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.

•Memakai kasut bertumit tinggi.


Ahli Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Tawakal di ibu negara, Siti Suraiya Yusa, berkata kajian menunjukkan kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.

“Tekanan tidak normal secara berlarutan boleh membawa kepada perubahan struktur tulang belakang seperti kemerosotan cakera dan sendi, pemanjangan dan pemendekan ligamen dan otot sokongan dan rawan yang haus atau terkoyak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku akibat kecederaan yang menimpa struktur ini.

Masalah seperti Arthritis Degeneratif pada spina di leher (spina cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.

Siti Suraiya berkata, keadaan tidak normal membabitkan saraf tunjang, jantung, paru-paru dan beberapa organ abdomen juga boleh menyebabkan masalah leher dan belakang.

Namun, apakah pilihan atau kaedah bagi mengelak kemungkinan mengalami masalah sakit leher dan bahu?

“Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai),” katanya.

Malah, tegas Siti Suraiya, asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan.

Katanya, penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.

Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.

“Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal,” katanya.

INFO: Petua elak sakit belakang

•Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.

•Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.

•Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.

•Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.

•Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.

•Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.

•Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.

•Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.

•Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.

•Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.


Cara rawatan di rumah:

•Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.

•Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.

•Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.

•Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

•Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Fab Friday!


Salam...



Ok, kalau tak da idea, tapi nak update belog juga, begini la rupanya..



upload photo saja...



Fab Friday ni saya reka-reka...



dia macam Wordless Wednesday juga..



tapi kalau hari Jumaat, nama dia Fab Friday!



ahahahahah...



:)



Selamat hari jumaat, rakan-rakan sekalian...



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Bagaimana nak kurus cepat selepas bersalin?

Salam...



Ramai kata saya kurus.



Saya memang kurus, in fact sebenarnya kalau ikut BMI, saya underweight! huhuhu



Anyway, memandangkan saya baru lepas bersalin (baru ke..? hahah), ramai yang kata kurusnya!



Biasanya yang tegur tu golongan wanita.



So bagi saya biasa lah tu..



tapi bila lelaki yang tegur, saya rasa sangat la lawak..



anyway, sebenarnya nak kurus (at least, kembali ke berat badan asal) selepas bersalin amatlah mudah.



1. Breastfeeding



ye, breastfeeding amat penting, especially it helps to kecutkan rahim, but it also menjadikan anda lebih kurus... (macam mana proses yang terlibat, saya tak study la pula...)



2. Maintain regular meals (and exercise)



meals tak boleh skip, especially kalau anda breastfeed. Saya makan ALL THE TIME! hihihi


Exercise..? elok buat la, at least once a week... :)



3. ....?



saya dah tak da idea... huhuhu..



Tapi sebenarnya, the key is breastfeed.



so marilah breastfeed anak sampai 2 tahun!!! :)




Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Bye Bye Optimus Prime...


Salam...



Well, Optimus Prime dah tiada lagi di PSN..



Dia start ada di PSN pada September lepas..





kami sewa sebab ada Robotic Festival..



So now Robotic Festival pun dah habis..



Actroid pun dah nak habis (8 Mac nanti)



So, Optimus pun mengundur diri..



Bye...




See you again!! :)





nota kaki: ketinggian Optimus: 22 kaki, fully metal!

Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Melentur buluh, biar dari rebungnya...

Salam....



Hihihi...



Bak kata orang, melentur buluh, biar dari rebung...




So, kalau nak anak pintar, umur setahun lagi dah kena ajar baca buku! hahahahah..



(ok, sorry, ini saja ja... nak tunjuk, Ariff kalau dapat buku, dia akan selak sehelai demi sehelai...



macam faham je..



Tapi tengok la, sometimes lepas dia bosan, dia just tinggalkan je buku tu..



Kalau dia 'terlebih' minat, dia akan koyakkan buku tu..



hihihihihi :)



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Wordless Wednesday

Salam...



Semoga engkau dah sihat sepenuhnya hari ini, nak...



note: pagi tadi Alia dah tak panas.. So hari ini dah ke sekolah... :)



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Bilakah waktu yang terbaik/paling sesuai untuk mengambil gambar?

Salam...



Mungkin ada di antara anda di luar sana suka tangkap gambar di luar rumah (outdoor).



Namun, tertanya-tanya bilakah waktu yang paling sesuai untuk menangkap gambar.



Sebenarnya, itu terpulang pada kehendak dan requirement masing-masing.



bak kata orang, tepuk dada, tanya selera.



Tapi saya pernah bertanyakan hal ini pada photographer PSN..



Beliau cakap, the best time is around 9 - 10 am.


**picture: Bunga Kemunting Cina
**location: Science Wonderland, Pusat Sains Negara



Time tu matahari baru nak naik..



So time tu tak berapa terik.



kalau time matahari dah tegak di atas kepala, time tu kita nak tangkap gambar pun payah..



Gambar yang terhasil pun macam buatkan kita 'silau'..



So, itu saja lah tips buat hari ini :)



Sekian, terima kasih


Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Bagaimana mengatasi masalah bayi yang suka menggigit

Salam...



Well, Ariff sekarang sudah 1 tahun dan 1 bulan.




Gigi sudah banyak..



At this age dia memang suka gigit..



Luckily dia hanya gigit mainan, dan makanan saja..



Kalau di badan kita, kadang kala ada juga terkena, tapi biasanya ada sebab dia menggigit.



Sebab 1



LAMBAT!



Ye, kalau kita lambat bagi susu, terhegeh-hegeh... sometimes dia tak larat nak tunggu, dia pun gigit la!



Sebab 2



ADA DISTRACTION/BARRIER



Distraction kadang-kadang datang dari persekitaran.. Alia buat lawak ke.. so dia gelak, dan sometimes tergigit juga..



Barrier selalunya datang dari baju la.. kita buka tak habis, so sometimes dia ada masalah nak latch (kot) so dia pun gigit!



So, itu dua sebab utama bayi saya menggigit...



Adoi!!!!



**sebenarnya it is best we know why our babies bite! sebab we can prevent it from happen again in future... ye dak..? :)



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Alia demam....

Salam...

Malam tadi sangat saspen..

Tiba-tiba saya perasan Alia tidur merengkot semacam...

rupa-rupanya dia demam.

(so she was hot and the position tells that it kept her warm)

saya ambil kain, basahkan.. lap satu badan..

She resisted. Biasalah..

anyway, lepas tu cari KOOL FEVER.

This morning lepas bagi Paracetamol, hantar dia ke rumah babysitter Ariff.

tak payah sekolah lah.

So now nak check (sms je..) babysitter, tanya keadaan Alia.

Tiba-tiba je demam... pelik juga...

Hmmm...



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

KONCI

Salam....



Semalam di dalam kereta alia berkata:



Ibu, esok ibu letak kokokan (coco crunch) dalam beg yaya tau



Saya kata: ok, yaya nak makan ya?



Alia kata: a ah.. yaya nak makan. Kawan tak boleh makan.



Saya kata: kenapa kawan tak boleh makan? kesian dia.. kalau dia nak, bagi la sikit.. (chewah, konon saya nak ajar sikap berkongsi dan bersedekah la gamaknya)



saya tambah lagi: Tapi jangan bagi semua! nanti habis koko crunch yaya :) (hihihi... ye, kiasu harus ada.. nanti dia kena tindas pula!)



Heheheh... and then yaya cakap: ok ibu.. KONCI ye..



Saya tak paham...



Kunci..?



KONCI!



rupanya KONGSI!!!!



aduhai...



pelat la anakku.... :(





Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Menuju Tangga Kejayaan

Salam...



Bukan mudah untuk menuju tangga kejayaan...



no pain, no gain...




:)



cantik tak tangga ni...?



ini tangga di PSN, dari Taman Herba... :)



Hasil dari lawatan tapak semalam



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Wordless : Budak tak mahu tidur..

Salam...


Ini ada budak tak mahu tidur.


Lokasi : Ruang tamu.

Kakak dia (di background) dah tidur dah tu....

Dia masih nak main...

Tengok muka serious dia tu..

Anyway, sejam selepas gambar ini diambil, luckily he went to sleep.

Alhamdulillah...

:)




Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Baby/Toddler photoshoot




Salam....



I'm still in the phase of learning...



(well, belajar pelan-pelan... rasanya time dah mahir nanti, agaknya orang pun dah tak pakai kamera ni... hihihihi)



So ini hasil tangkapan semalam.



Saya rasa baby/toddler photoshoot amat senang kalau depa ni tidoq...



kalau dah jaga, payah sikit... (sebab they tend to move a lot!)



Ha.. yang tu saya tak mahir lagi...



Nanti la, saya berguru dengan internet lagi ya...



:)



Till then, enjoy! :)



**oh ya, lupa nak habaq, gambar-gambar di bawah adalah 100% dari kamera saya.. tak edit pakai photoshop pun (sebab tak reti lagi... hihihi)



nota kaki: saya paling suka gambar tapak kaki Ariff :)



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Saya batuk...

Saya batuk...



Dah dua tiga hari dah ni...

Mkn ubat (sedia ada dlm fridge) pun x jalan...

Rasanya kena pi jumpa Dr kot...

Sekian..

Yang x berapa sihat,

Ariff

Kisah buku Peter And Jane


Salam....


Tadika Alia pakai buku ini...


Saya tak tahu la tajuk dia apa. Yang saya tahu PETER AND JANE... ahahahah




**gambar credit to www.brilliantstuffs.com


So baru-baru ni saya ke MPH, nampak buku ini..


Saya saja tunjuk pada Alia, saya kata : Alia belajar pakai buku ni, kan?


Dia terus excited! "A Ah! Ibu, belikan buku ni.. Alia nak belajar..."


Kasihan la pula.


Tengok-tengok, RM10 harganya.


Tapi buku ni dia macam ada siri. so kalau siri pertama (1) - level basic ada beberapa buku la dalam siri tu.


So, kalau sebijik rm10, beberapa bijik, dah berapa ringgit tu..? aduhai...


So ibu Alia yang kedekut ni pi library PSN.


Ingat nak pinjam je... ahahahah


Rupanya ada la bukunya, tapi tak complete set..


and librarian pun advice me to purchase je..


After all boleh pakai time Ariff nanti.. (although i really doubt that time Ariff nanti buku tu masih ada lagi atau intact atau in good condition... hihi)


Anyway, yang penting sekarang is that Alia nak belajar, so i have to encourage her... :)


Insya allah weekend ni nak cari lah!


Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

San Terri Cottage



Salam.....


Semalam saya dibawa rakan keluar lunch di Plaza Damas.


Lepas makan kami jalan-jalan (on our way to the car park), kami ternampak satu kedai comel.


San Terri Cottage namanya..


Saja terjah.


Dia jual kek, macam Secret Recipe (SR)..


kek cheese cake satu slice dijual dengan harga RM7. ok la kan? SR pun harga lebih kurang gitu...


And then ada beberapa kek diletak dalam bekas plastik.


Saya beli ini, Custard Pancake.


Saya teruja nak makan custard dia..


Murah je, Rm4 saja.. :)


ni bos saya beli..


Snow Cheese


Tapi memang marvellous.. kepingan tu memang rasa cheese... and 'snow' kat luar tu adalah kelapa..


tapi memang sedap la!


RM4 juga..


So rasanya lain kali boleh beli lagi ni... :)


Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Aeon Anggun Rawang



Salam...



Semalam saya dan en suami cuti...


So kami duduk di rumah.. basuh baju... kemas rumah.. by the time tengah hari, dah tak tahu nak buat apa.. hahaha


So saya ajak Mr Hubbs pergi terjah Aeon Rawang yang dinamakan Anggun tu..


Perjalanan tak la lama mana, memandangkan kami tinggal di Sungai Buloh...


So, ini la rupa dia...


Besar giler!


Tau la Rawang punya tanah agak murah..


So bila dibandingkan dengan Aeon AU2 dan Aeon Wangsa Maju, saya rasa yang ini adalah yang terbesar setakat ini!


content...?


saya lupa snap kedai2 di dalam..


Tapi more or less, macam shopping complex yang biasa..


Ada kedai makan macam Old Town, Starbucks (tak buka lagi), Hot n Roll, Wendy's, Pizza Hut, Nandos


Ada juga kedai baju seperti F.O.S, Anakku, Cartoon Network



Ada juga kedai-kedai lain seperti:



Bata, Al-Ikhsan, Popular Bookstore, Camel Active



Dia ada dua tingkat aje..

So, apa lagi... ? Jom terjah!!!! :)






Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Kata-kata anak mencerminkan kata-kata ibu bapa?

Salam...



Saya ada terdengar/terbaca yang perkataan dan perbuatan dari anak-anak adalah sebenarnya 'cermin' atau dipelajari dari ibu bapa mereka.



Ya kah..?



Saya tak perasan perkara ini sehinggalah baru-baru ini di mana saya di dalam satu situasi di rumah saya sendiri..



Saya terdengar Alia berkata pada adiknya, Ariff:



"Sayang, makan ni, sayang... Sedap ni... Ariff kan baik... Meh makan ni, sayang.."



Wah.. pandai pula dia bersayang-sayangan dengan adiknya.



Ada satu ketika yang lain:



Alia: "Ariff, jangan la kacau mainan kak Yaya.. Ariff baik, kan...?"



hihihi.... bagus!



Anyway, saya percaya, kalau kita praktikkan peribadi mulia, insya Allah it will pass down to our children.. Amin.



:) Let's be a great parent!



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here


*pic : Alia with Acu, Location: Taman Tasik titiwangsa.

Wordless - Kangkung










:) mr hubbs pernah tanam kangkung at our lawn.

So now everytime tebas rumput, tak lama after that sure tumbuh si kangkung ni... :)

*sent from my iPhone

Labels

alia (239) just my thought (211) macam-macam (133) work (81) makan-makan (72) jalan-jalan (58) celebrations (57) hickups (57) contest (49) info (40) achievements (35) Ariff (34) blog (34) ibu alia (33) game (30) new stuffs (26) weekends (26) event (24) mengarut (23) current issues (21) breastfeeding (20) shopping (20) wan (19) photography (18) pregnancy (18) 8 bulan (17) giveaway (17) 1 tahun (16) ayah alia (15) movie (15) new house (15) 7 bulan (14) atuk (14) hospital (14) nuffnang (14) ideas (13) sale (13) the IT world (13) tv (13) announcement (12) ramadhan (11) 4 bulan (10) sembang kosong (10) tips (10) advertorial (9) new gadget (9) review (9) 6 bulan (8) 9 bulan (8) Aqiff Zhafry (8) danial (8) how to (8) trip (8) wordless (8) babysitter (7) presents (7) shaklee (7) acu (6) islam way of life (6) list (6) product review (6) taman (6) 10 bulan (5) events (5) gadgets (5) gossip (5) kuruskan badan (5) uda (5) 11 bulan (4) 5 bulan (4) bisnes ibu alia (4) book (4) check up (4) kurus dengan cepat (4) kurus selepas bersalin (4) macam mana nak kurus (4) masak-masak (4) petua kuruskan badan (4) produk kuruskan badan (4) set kulit cantik (4) songs (4) toys (4) aunties (3) awards (3) business (3) esp (3) eva (3) exhibitions (3) guide (3) kek na (3) kurus dengan berkesan (3) kurus tanpa lapar (3) money (3) set kurus (3) tadika alia (3) vitalea (3) vitamin (3) wedding (3) wish (3) Fim (2) advertise (2) alfalfa (2) ask me (2) atasi kulit kusam (2) b complex (2) baju baby (2) baju saya (2) cara banyakkan susu ibu (2) cara tambah susu badan (2) crave (2) energizing soy protein (2) energizing soy protein shaklee (2) family (2) filem (2) habbits (2) kanak-kanak (2) kembalikan kulit berseri (2) kulit cantik (2) landscape (2) nurseri (2) perut kempis (2) petua tambah susu badan (2) pinggang ramping (2) rambut gugur (2) sembelit (2) survey (2) tambah berat badan (2) tambah susu (2) the look (2) tips tambah susu badan (2) twilight (2) vitamin kanak-kanak (2) vitamin shaklee (2) vitamin untuk kulit (2) vitamin untuk subur (2) Dr Sukida (1) The Beginning .... (1) alfalfa complex (1) alia's school (1) anak sukar makan (1) antioksidan (1) ari (1) astro (1) atasi jeragat (1) atasi keputihan (1) atasi rambut gugur (1) baby (1) bags (1) bola (1) car seat (1) collagen powder (1) collagen powder shaklee (1) confinement (1) darah tinggi (1) de (1) decoration (1) dslr (1) ely (1) fab friday (1) free stuffs (1) gla complex (1) healthy lifestyle (1) hobbies (1) hope (1) ibu hamil (1) ibu mengandung (1) icon (1) interrior design (1) jawatan kosong (1) jerebu (1) jobs (1) kencing manis (1) keputihan (1) kesihatan (1) kesuburan (1) khasiat (1) kolesterol tinggi (1) langkah atasi (1) lawas (1) learning (1) majalah (1) malaysia (1) masalah bau di kawasan vagina (1) masalah bau di tempat sulit (1) masalah ibu mengandung (1) masalah rambut (1) meal shakes (1) menyusukan anak (1) multivitamin (1) neil (1) new year (1) news (1) nuffnang gift ideas (1) nutriferon (1) off day (1) ostematrix (1) parenting (1) performance drink (1) perkumuhan (1) pil tambah susu badan (1) playdohmonth2015 (1) poll (1) promo (1) promosi (1) promosi esp shaklee (1) rahsia kulit cantik (1) realmart (1) recruitment (1) resipi (1) set D (1) set ibu hamil (1) set ibu mengandung (1) shaklee promotion (1) shoes (1) siblings (1) sticky (1) stuffs (1) suami isteri (1) susu protein shaklee (1) tambah selera makan (1) tips kurus (1) update (1) video (1) vita-C (1) vitamin suami isteri (1) vitamin tambah sperma (1) vitamin untuk lelaki (1) vitamin untuk wanita (1) wajah berseri (1) wajah kusam (1) wean off (1) weight gain (1)