Pages

Search This Blog

Cerita kelahiran Aqiff Zhafry

Salam..

Nak ikutkan cerita pregnancy Aqiff panjang dan berliku liku.. Hihihi...

Tp antara highlights:

- bila dah 7 bulan, dr kata baby agak kecil compared to umur dia (small gestational age).

- ukur pakai tali pengukur pun besar baby kurang 3 - 4 minggu dari yg sepatutnya.

- check up di klinik kesihatan putrajaya presint 9, so bila ada kes2 macam ni, diorang refer to Hospital Putrajaya.

- dua kali appointment dengan Hospital Putrajaya, conclusion nya: baby membesar elok, cuma slightly smaller (especially compared to Alia dan Ariff yang lahir 3.59 kg dan 3.3 kg respectively).

- lagi satu isu time pregnant Aqiff ialah awal2 pregnant (minggu ke 26), heart beat dia tinggi. Diorang sebut tachycardia, or tachy.

Risau le jugak, nasib baik lepas 32 weeks dah normal...

So masalah biasa seperti kencing manis ketika hamil dan hemoglobin rendah adalah biasa, dan wujud lagi pada pregnancy kali ini.

So being a diabetic, doktor tak bagi overdue. Katanya, since 10 Januari adalah due date, if by then tak bersalin, 9 Januari dah kena serah diri ke hospital. Huhuhu.



To cut the story short, 9 Januari 2016 kita pun serah diri ke Hospital Ampang. Dia bagi lepak di wad. Tak ada buat apa pun. Malamnya baru nurse buat 'line'.


So kita pun sedia maklum, keesokan harinya akan kena induce. Difahamkan sehari maksimum 2 kali induce. Huhuhu. Scary.

10 Januari 2016

6.30 pg.

Solat subuh. Bersihkan diri. Dan ready to be induced 😁

7.00 pg

Sarapan. Tak silap lepas induce sejam tak boleh gerak. So better makan kenyang2 😁

8.00 pg

Dipanggil untuk induce. Berjalan la ke satu bilik (dlm wad yg sama) dan di induce. Sebelum induce dia sempat check bukaan. Baru 2 cm.

Jalan ke katil, dan baring.

9.00 pg

Dah start rasa sakit sikit2.
Kebetulan doktor buat ward round, sy minta dia check bukaan. Dah 4 cm. wah. Berkesan juga induce rupanya ☺️

So bila dah 4 cm, nurse bagitau akan ditolak ke labour room (LR). Tak lama kemudian, kita pun ditolak ke LR menaiki kerusi roda.

Dalam bilik LR

12.00 tgh hari

Doktor pecahkan ketuban.

Sakit dah mula kuat. Tapi x rasa macam nak teran.

Minta nurse check, masih 4 cm! Adoi. Ape ke lama betul nak 10 cm nih...

Makin lama makin sakit. Tahan lagi. Dalam hati duk berzikir...

1.00 tgh hari

Doktor check, memang masih 4 cm. dia masukkan satu ubat (melalui drip). Katanya nak bagi rahim kuat etc.. Ape ape lah. I dah pasrah, doc.

Tak lama lepas doc masukkan ubat tu, sakit kuat.

Jeling kat ubat yang tadi dimasukkan melalui drip, dah habis pun. Hmm. Patutlah dah makin sakit. The meds start to work.

Memang sakit. Minta en suami call nurse. Kata sy dah sakit sgt, nak teran je rasa.

Nurse n doktor datang. Dah 9 cm. Fuh. Patutlah sakit. Almost there!

Then rasa macam nak teran, minta dok check, dah 10 cm belum?

Kelam kabut doktor check, dan once dia kata 'ok, boleh teran', and perasaan itu pun sampai, dengan dua kali push, baby Aqiff pun keluar.






Alhamdulillah. Betullah kata orang, once baby keluar, semua rasa sakit hilang.

Keesokan harinya doktor check, ibu dah boleh urinate, anak dah berak n kencing.. Tak de masalah.. Alhamdulillah, boleh discharge! 😄

Ok, nanti kita sambung pula bab berpantang ya ☺️


- Posted using BlogPress from my iPhone

Aqiff's progress at 8 weeks old

Salam...

Aqiff is now 8 weeks old (or 1 months and 23 days).









Alhamdulillah.

I'm slowly understand his sleep and meal pattern..






Has just learn to coo.






And also learn to smile.



Have yet to smile whenever we smile at him 😁

Oh, and i have just realised that his eyelashes are starting to grow long.






(Abaikan muka Aqiff yang merah merah tu. He scratches his face. Huhu)

Till then, bye!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Labels

alia (239) just my thought (211) macam-macam (133) work (81) makan-makan (72) jalan-jalan (58) hickups (57) celebrations (56) contest (49) info (39) achievements (35) Ariff (34) blog (34) ibu alia (33) game (30) new stuffs (26) weekends (26) event (24) mengarut (23) current issues (21) shopping (20) breastfeeding (19) wan (19) photography (18) pregnancy (18) 8 bulan (17) giveaway (17) 1 tahun (16) ayah alia (15) movie (15) new house (15) 7 bulan (14) atuk (14) hospital (14) nuffnang (14) ideas (13) sale (13) the IT world (13) tv (13) announcement (12) 4 bulan (10) sembang kosong (10) advertorial (9) new gadget (9) ramadhan (9) review (9) tips (9) 6 bulan (8) 9 bulan (8) Aqiff Zhafry (8) danial (8) how to (8) trip (8) wordless (8) babysitter (7) presents (7) acu (6) islam way of life (6) list (6) product review (6) taman (6) 10 bulan (5) events (5) gadgets (5) gossip (5) uda (5) 11 bulan (4) 5 bulan (4) bisnes ibu alia (4) book (4) check up (4) masak-masak (4) songs (4) toys (4) aunties (3) awards (3) business (3) eva (3) exhibitions (3) guide (3) kek na (3) money (3) tadika alia (3) wedding (3) wish (3) Fim (2) advertise (2) ask me (2) baju baby (2) baju saya (2) crave (2) energizing soy protein (2) energizing soy protein shaklee (2) esp (2) family (2) filem (2) habbits (2) kulit cantik (2) landscape (2) nurseri (2) set kulit cantik (2) survey (2) tambah berat badan (2) the look (2) twilight (2) vitalea (2) vitamin shaklee (2) vitamin untuk kulit (2) Aqiff Zhaffry (1) Dr Sukida (1) The Beginning .... (1) alfalfa complex (1) alia's school (1) anak sukar makan (1) antioksidan (1) ari (1) astro (1) atasi jeragat (1) atasi keputihan (1) atasi kulit kusam (1) b complex (1) baby (1) bags (1) bola (1) car seat (1) confinement (1) de (1) decoration (1) dslr (1) ely (1) fab friday (1) free stuffs (1) healthy lifestyle (1) hobbies (1) hope (1) ibu hamil (1) ibu mengandung (1) icon (1) interrior design (1) jawatan kosong (1) jerebu (1) jobs (1) kanak-kanak (1) kembalikan kulit berseri (1) keputihan (1) kesihatan (1) kurus dengan berkesan (1) kurus dengan cepat (1) kurus selepas bersalin (1) kurus tanpa lapar (1) kuruskan badan (1) langkah atasi (1) learning (1) macam mana nak kurus (1) majalah (1) malaysia (1) masalah bau di kawasan vagina (1) masalah bau di tempat sulit (1) masalah ibu mengandung (1) meal shakes (1) multivitamin (1) neil (1) new year (1) news (1) nuffnang gift ideas (1) off day (1) ostematrix (1) parenting (1) petua kuruskan badan (1) playdohmonth2015 (1) poll (1) produk kuruskan badan (1) promo (1) promosi esp shaklee (1) realmart (1) recruitment (1) resipi (1) sembelit (1) set ibu hamil (1) set ibu mengandung (1) set kurus (1) shoes (1) siblings (1) sticky (1) stuffs (1) tambah selera makan (1) update (1) video (1) vitamin kanak-kanak (1) wean off (1) weight gain (1)